LOS ANGELES: Raja pop, Michael Jackson dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis. Bermakna, Hollywood telah kehilangan bintang pujaan mereka pada hari yang sama.
Jackson, 50, yang dipercayai diserang sakit jantung sudah tidak bernafas ketika anggota paramedik Jabatan Bomba Los Angeles tiba di rumahnya di Los Angeles pada 12:30 p.m. waktu tempatan (3:30 EDT, 19:30 GMT).
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Sementara itu, Fawcett yang merupakan bintang The Charlie’s Angels meninggal dunia ekoran kanser. Mendiang berumur 62 tahun. AP

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus yang berusia 16 tahun membuktikan dia seorang yang bijak bergaya dalam keadaan menghairahkan, lapor sebuah akhbar semalam.Cyrus yang popular menerusi drama Hannah Montana dan lagu The Climb itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memberikan gaya yang menghairahkan di dalam bilik persalinan.Gambar itu disiarkan di laman Twitter di Internet dan dirakamkan oleh Adam Shankman iaitu pembikin filem yang menerbitkan filem terbaru Cyrus, The Last Song.Sebelum ini Cyrus pernah bergambar dengan memakai seluar dalam, mendedahkan payu daranya dan membuat mimik mata sepet sehingga mencetuskan kontroversi. - Agensi
LOS ANGELES - Seorang ibu kepada dua anak, Michelle Braun mengaku membekalkan barisan pelacur wanita termahal di dunia bayaran bermalam sehingga mencecah £30,000 (RM174,750), lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 31 tahun dengan jolokan 'Ibu Ayam Hollywood' itu mengurus seramai 70 pelacur kelas atasan daripada kalangan model fesyen, aktres Hollywood dan model majalah Dia menjalankan kegiatan pelacuran melalui Internet dan berselindung di sebalik sebuah syarikat miliknya, Global Travel Network.

Ibu Ayam (Michelle Braun) dan Paris Hilton Bergambar
Dalam wawancara dengan sebuah majalah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Braun memberitahu pelanggan dikenakan yuran £1,000 (RM5,825) untuk mendaftar sebagai klien di Internet sebelum dibenar untuk melihat gambar pelacurnya."Saya memperkenalkan wanita yang bukan sahaja cantik tetapi terkenal kepada lelaki kaya yang mahu menemui mereka. Oleh itu, bayaran yang saya kenakan berbaloi," katanya.Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) enggan mendedahkan identiti para pelanggannya tetapi menyatakan mereka terdiri daripada selebriti dan orang kenamaan.Beberapa sumber memberitahu aktor terkenal, Charlie Sheen pernah membayar £100,000 (RM582,500) untuk melanggan seorang pelacur tersebut.Wanita itu ditangkap pada 2007 dan mengaku bersalah pada minggu ini dalam satu persetujuan dengan pihak berkuasa bagi mengelak daripada menjalani hukuman penjara. - Agensi
KUALA LUMPUR: “Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive (pertahankan diri),” kata Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar berhubung kemelut antara dia dengan komposer terkenal itu.Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, berkata jika S Atan atau nama sebenar Hashim Said mendakwa kerugian dalam pembikinan album terbaru itu, kenapa menerima tawaran berkenaan.“Kalau dia tahu tawaran itu merugikan kenapa mahu menerimanya. Saya agak mungkin itu yang menyebabkan kerja dihasilkan tidak berkualiti, malah pada pandangan peribadi saya, ia kerja yang tidak ikhlas,” katanya yang dihubungi semalam.Menurutnya, tujuannya membuat pendedahan mengenai hasil pembikinan album itu bukan untuk bergaduh sebaliknya mencari kebenaran.
“Saya biayai projek itu, duit saya, hak saya dan jumlah itu bukan sedikit. Kalau saya tidak suka dengan hasilnya sudah tentu saya marah. Misalnya, kalau dalam majlis, saya berjanji hendak membuat persembahan selama sejam tetapi hanya menyanyikan tiga lagu, sudah tentu orang marah...begitu juga keadaan yang saya alami sekarang. “Kenapa dia pula rasa tertipu sedangkan saya mangsa situasi ini. Apa faedah saya hendak tipu sedangkan itu duit saya. Saya sudah 40 tahun berada dalam industri ini, saya tahu mana satu produksi bagus dan mana satu buat kerja sambil lewa,” katanya.Kak Pah berkata, dia memberi tempoh hingga 30 Jun ini kerana selepas itu, dia terikat dengan persembahan.“Jika S Atan masih enggan berunding, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Ramai peminat tertunggu-tunggu album terbaru saya dan selama dua tahun saya bersabar, (tetapi) saya rasa sakit sangat bila wartawan dan peminat asyik bertanya mengenainya.“Saya tidak pernah kata S Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.“Saya berpendapat daripada dia gunakan duit untuk membiayai peguam di mahkamah lebih baik digunakan untuk memperbaiki album saya itu,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Hapuskanlah Air Matamu dan Bunga Tanjung itu.Dia berkata, perkiraan S Atan yang digunakan untuk membiayai pemuzik dan studio juga tidak munasabah, malah boleh ditertawakan oleh pemuzik.“Saya sudah lama dalam industri ini dan ada syarikat sendiri. Saya menggunakan khidmat pemuzik jadi saya tahu mengenai kos perlu dibayar tetapi daripada apa yang dia kata, semuanya tidak logik,” katanya.Menurutnya, dia boleh bekerja dengan adik S Atan iaitu Bell dan tidak menghadapi sebarang masalah.“Begitu juga dengan Ramli MS, saya gembira bekerja dengan mereka. Dalam industri ini, sudah tentu kita perlu menjaga pemuzik kerana itu periuk nasi mereka,” katanya.Kak Pah berkata, dia berhak rasa marah kerana bukan senang mencari wang sebanyak itu, namun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan S Atan.“Saya minta dia melakukan solat istikarah memohon petunjuk Allah dan saya tidak pernah menutup pintu rumah saya untuknya. Saya bukan mahu menabur pasir dalam periuk nasinya, datang dan ambil kembali hasil kerjanya kemudian perbaiki dan hasilkan satu album yang berkualiti. Buktikan dia seorang bertanggungjawab dan menjaga kualiti hasil kerjanya.“Apabila dia meminta maaf, mengaku kesilapan serta memperbaiki menghasilkan produk berkualiti, saya tidak akan bercakap apa-apa lagi mengenai perkara ini, malah memberitahu seluruh dunia, inilah hasil yang saya nanti-nantikan daripada S Atan,” katanya.Isu ini bermula apabila Kak Pah membuat pendedahan mengeluarkan wang RM83,000 untuk pembikinan album terbarunya tetapi mendakwa S Atan tidak merakamkan muzik secara langsung sebaliknya menggunakan program komputer.S Atan menerusi Harian Metro semalam bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendedahkan sebahagian besar wang itu digunakan membiayai kos pemain muzik dan studio.

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.
Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.
“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.
“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.
“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis. Mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat dengan aktiviti dakwah.
“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.
“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalam program berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.