Balu Shamrin membantu anaknya menyiram air di pusara Shamrin di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ, Subang Jaya. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN BERITA kematian penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, mengejutkan ramai pihak yang mengenalinya.
Sebelum ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu
Di Alam Fana Cinta pada era 90-an ini tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit serius.
Antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Shamrin yang menghadiri upacara pengebumian.Tiba-tiba sahaja, pada petang Khamis lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Shamrin meninggal dunia akibat sakit jantung.
Mungkin, sudah tiba ajalnya dan Tuhan lebih menyayangi Allahyarham yang disifatkan oleh rakan-rakan artis sebagai seorang yang periang dan penyabar.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor selepas solat Jumaat.
Ahli keluarga dan rakan Allahyarham ketika menunggu giliran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Al-Falah USJ 9.Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul
Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka menghasilkan lima buah album penuh
7:30 Psikosis (1990) ,
Fotograf 92 (1992),
Fantasi (1994),
Fokus (1995) dan
Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan
Juara Lagu 1992 untuk lagu
Di Alam Fana Cintamu.
Antara ahli keluarga dan rakan artis yang menunggu di perkarangan masjid.Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah
Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan
Luka Seribu Rindu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, bersama tiga orang anak iaitu Akmal Danish,5, Akmal Shamim, 18 bulan dan Siti Najwa,17, iaitu anak daripada perkahwinan terdahulu.
Jazriatul Akma Abu Saman sekarang ini sarat mengandung sembilan bulan.
Jazriatul tabah dan tenang walaupun menghadapi kematian suaminya dalam keadaan sedang sarat sembilan bulan. Shamrin bawa anak beli mainanSiapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami tersayang, namun riak wajah balunya, Jazriatul tampak tenang. Biarpun sedang sarat mengandung, wanita ini kelihatan tabah dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada lagi.
Bagaimanapun dia tidak pasti bagaimana hendak menerangkan kepada anak keduanya, Shamim yang rapat dengan Allahyarham suaminya.
Malah, anak sulungnya juga seakan tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila memberitahu bahawa bapanya sudah tiada lagi.
“Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja sepanjang seminggu lalu. Namun, kelmarin sebelum kali terakhir kami anak-beranak berjumpa, dia nampak lain sangat.
“Saya berasa hairan kerana sebelum ini biasanya dia tidak membawa anak-anak membeli alat permainan tetapi sebelum kejadian itu, dia sempat membawa anak-anak keluar jalan-jalan.
“Dia juga tidak sempat membelik