Port Dickson: Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Allahyarham juga menderita penyakit saraf sejak enam tahun yang lalu. Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal."Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.
Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.Isnin April 4, 2011 Dikemas Kini
'Sebelum Aku Pergi' Lirik Terakhir Nukilan Seri Bayu
PORT DICKSON: "Sebelum Aku Pergi" merupakan lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira 8.30 malam Sabtu akibat penyakit saraf.Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni."Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham."Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya," kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi, 50-an kepada Bernama.Menurut Abdul Ghani, Seri Bayu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada Jumaat lalu apabila tiba-tiba dia iserang sakit kuat akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya.
Komposer S. Atan turut melawat jenazah Allahyarham di Port Dickson Ahad.
Penulis lirik kelahiran Singapura yang juga bekas wartawan ini menderita sakit lumpuh selama enam tahun akibat masalah saraf.Sepanjang tempoh itu, Allahyarham dijaga oleh adik-beradik angkatnya yang tinggal di Shah Alam, Serdang dan kali terakhir di rumah Abdul Ghani.Antara bait lirik lagu Sebelum Aku Pergi ialah:-"Lukaku simpan dalam senyuman. Menangis hatiku siapa yang tahu". Nazira hanya termenung melihat helaian lirik lagu itu yang ditunjukkan oleh Abdul Ghani dan tidak dapat menjawab semua pertanyaan wartawan kerana terlalu sedih dengan pemergian ayah angkatnya itu.
Penyanyi Erema turut menyiram air di pusara arwah suaminya.
Dia berkata dia sukar untuk memahami pergerakan mulut serta tangan Allahyarham ketika menulis lirik serta lagu itu.Seorang sahabat lama Allahyarham, Azmi Zahari memberitahu bahawa Allahyarham berkahwin dua kali tetapi kedua-duanya tidak bertahan lama."Saya tidak pernah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham tetapi beliau ternyata amat sayangkan mereka. Potret lima anaknya dengan isteri pertama menjadi pengisi Allahyarham ketika rindu," katanya.Azmi berkata beliau telah merancang untuk mengadakan konset kebajikan untuk Seri Bayu pada tahun lepas bersama dengan beberapa orang artis tempatan, tetapi konset itu tidak dapat diteruskan akibat masalah tertentu."Saya rasa sepanjang hayat Allahyarham, beliau telah menulis sebanyak lebih dari 2,000 lirik lagu. Artis yang mendapat khidmat penulis ini ialah Jamal Abdillah dan Anita Sarawak," katanya.Artis tempatan yang dikatakan mendapat khidmat terakhir Allahyarham tahun lepas ialah penyanyi Sheeda melalui lagu "Muah Muah Sayang".Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok, di sini selepas solat Zuhur pada Ahad.Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah isterinya, penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema, Sheeda (dangdut), komposer S.Atan dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.Antara yang hadir ialah bekas isteri pertama serta ibunya termasuk lima anak beliau iaitu Muhamad Akmal, 15, Muhamad Aiman, 14, Muhamad Aizam , 11, Ally Farjana, 9, dan Muhamad Adham, 7.Pada 1 Disember 2008 Erema yang berasal dari Kuching, Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk bercerai menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.Kes tersebut masih berjalan di mahkamah berikutan keengganan Seri Bayu menceraikan isterinya itu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur. -BERNAMA