Pergolakan rumah tangga yang melanda bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 30 tahun yang juga merupakan seorang dramatis hangat diperkatakan lewat penghujung tahun lalu.Pelbagai kritikan dan tanggapan yang dilemparkan kepada isteri Ahmed Farriq Zainul Abidin ini, lantas membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada tanggal 4 November 2010.
Ramai yang menuding jari kepada Fiza, lantaran punca penceraian itu dikhabarkan kerana sikap Fiza yang curang terhadap suaminya selepas dia menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jurukamera bernama Malek.
Biarpun pelbagai kenyataan muncul daripada beberapa orang yang terbabit dalam kontroversi ini, empunya badan, Fiza hanya mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang kenyataan balas untuk membersihkan namanya yang tercemar pada ketika itu.
Menemui Fiza pada majlis sidang media dan pratonton drama-drama terbaru sAstro Prima, wanita yang bakal muncul dengan drama terbaru,Sedepa Ke Syurga ini, menjelaskan apa sebenarnya yang tersimpan selama ini.
"Saya bukan berdiam diri kerana apa yang terjadi itu kesalahan saya, tetapi saya rasa untuk apa lagi saya berkata-kata kerana perkara itu sudah pun terjadi. Kalau saya ceritakan perkara sebenar sekalipun, saya tidak mungkin dapat suami saya semula, jadi lebih baik saya diam, lagipun saya tidak suka mengaibkan orang.
"Cerita saya suka mengganggu rumah tangga orang sudah berlaku sejak saya bujang lagi, kemudiannya ia senyap seketika selepas saya berkahwin dan cuti daripada berlakon selama empat tahun, namun perkara ini berlaku kembali selepas saya mula berlakon tahun lalu," luah Fiza.
Ada hubungan dengan Malek?Dituduh nusyuz kerana curang pada suaminya, Fiza menafikan dia ada menjalinkan hubungan dengan lelaki bernama Malek."Lillahitaalla, saya tidak pernah menaruh perasaan pada Malek. Dari mula saya berkawan dengannya, saya tidak pernah sedikit pun berniat untuk mengambil suami orang."Hubungan saya dan suami sedikit bermasalah pada masa itu, jadi mata saya sering bengkak setiap kali ke lokasi penggambaran, dan ketika itu Malek selalu bertanya. Jadi di situ hubungan kami jadi rapat, tetapi kami tidak bercinta.
"Saya kecewa bila ada laporan media mengatakan saya curang dan selalu keluar dengan Malek, perkara itu membuatkan hubungan saya dan suami semakin teruk, begitu juga hubungan Malek dan isterinya."Saya tidak akan maafkan orang yang membuat cerita ini, dia telah memporak-perandakan keluarga saya, dan saya sangat benci dengannya. Saya tak sangka hubungan baik kami selama ini memakan diri, dan saya hairan kenapa dia sanggup lakukan perkara itu kepada saya."Pada saya, cerita-cerita yang dikeluarkannya yang membuatkan saya dan suami bercerai," jelas Fiza.
Kecewa dan Masih SayangTertekan dengan apa yang terjadi pada ketika itu, Fiza mengakui dia terlalu kecewa dengan perceraian ini.
"Tipulah kalau saya kata tidak sayang kepada suami, kalau tidak masakan saya boleh bersamanya sehingga mendapat dua orang anak.Farriq (bekas suami Fiza) bersama kekasihnya Amelia
"Walaupun sudah bercerai, saya masih boleh berkawan dengannya, saya juga masih lagi tidur di rumah ibu mertua saya dan tiada sebab untuk kami bergaduh.
"Kadang-kadang saya rasa, kalau saya tidak mula berlakon semula, pasti rumah tangga saya selamat. Tak dinafikan keluarga saya bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi mereka memahami," ujarnya yang mengakui sudah tahu tentang rancangan bekas suaminya mahu berkahwin dengan wanita lain tidak lama lagi.
Oleh: Wahida Othman