Gambar Ayu Raudhah bersama suaminya,Zaquan Adha
Kalau difikirkan mereka berdua tidak pernah bertengkar. Malah Ayu Raudhah memberitahu, dia pernah bekerjasama dengan Rita Rudaini dan menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang sangat baik. Namun entah macam mana, tiba-tiba saja tercetus perselisihan faham di antara dua aktres ini gara-gara kontroversi yang timbul yang mana membabitkan kisah rumah tangga di antara Rita bersama suami, Aidil Zafuan yang juga merupakan kembar kepada suami Ayu iaitu Zaquan Adha.
Sungguhpun macam-macam cemuhan juga dakwaan yang diterima sama ada secara terus mahupun di laman twitter dilemparkan terhadapnya, Ayu berkata dia seperti sudah lali dengan segala kritikan.
Sampaikan dia enggan lagi ambil pusing dengan cerita-cerita negatif yang mengaitkan dirinya. Bagaimanapun jauh di sudut hati, adik ik kepada pelakon jelita lagi seksi Rozita Che Wan ni berhasrat mahu bertemu muka dengan kak iparnya itu untuk menjernihkan keadaan sekaligus memulihkan hubungan mereka.
"Ramai yang hentam tapi Ayu dah macam lali dengan kontroversi yang tercetus. Tak mahu fikirkan sangat. Tak tahu dah macam mana nak jelaskan pada mereka semua. Tapi suami banyak kali juga pertahankan Ayu cuma Ayu katakan padanya, biarlah.
"Ayu tidak ada masalah dengan dia (Rita) dan juga hairan mengapa hubungan kami jadi begini. Ayu sedia nak jumpa dengan dia, kalau tindakan itu boleh menjernihkan keadaan.
Gambar Rita Rudaini bersama suami,Aidil Zafuan dan anak-anak mereka.
"Ayu memang tidak mengenali dia secara dekat kerana sepanjang tempoh berkahwin dengan suami, kami tidak pernah berjumpa. Tetapi pernah berjumpa sekali iaitu ketika kami sama-sama berlakon dalam drama Rafflesia tidak lama dahulu. Pada saya, Rita seorang yang baik. Tak sangka pula boleh timbul masalah sebegini,” jelas pelakon Untuk Tiga Hari itu sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya itu.
Ayu ditemui di sidang media dan previu filem tersebut, bertempat di GSC, Pavillion, semalam.
Ditinggalkan Zaquan Di Rumah Che Tah.
Sementara itu dia turut berkongsi pengalaman berbadan dua. Sejak disahkan hamil, katanya atas nasihat doktor dia tidak membuat sebarang perkerjaan. Sebaliknya masa lebih banyak dipenuhi dengan berehat.
“Saya tidak buat apa-apa sekarang sebab doktor nasihatkan saya berehat. Doktor bimbang kalau saya banyak bergerak, kandungan saya akan boleh gugur macam dahulu. Saya pun tidak mahu perkara sama berulang. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk berehat sepuas-puasnya.
"Zaquan pun halang saya buat kerja-kerja rumah. Sapu sampah pu n tak boleh. Selain itu, dia juga tak berani hendak tinggalkan saya seorang diri di rumah. Kalau dia perlu bermain bola di luar Kuala Lumpur, dia akan hantar saya ke rumah kak Tah (Rozita Che Wan aka Che Tah) untuk bermalam. Seronok juga bila dimanja-manjakan begini,” ujar Ayu yang kini hamil tiga bulan.
Oleh Farahanim Rahim