Yuna akan merebut gelaran juara untuk ‘Best Asian Act’ di MTV European Music Aawards 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov. KUALA LUMPUR, 18 Sept — Yunalis Zarai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, yang popular dengan lagu “Terukir Di Bintang” sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dicalonkan dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.
Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sebelum ini turut dicalonkan dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards.
Yuna akan merebut gelaran juara untuk “Best Asian Act” di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang cukup popular seperti Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai.
Pemenang kategori “Best Asian Act” ini akan mewakili Asia dalam voting “Best Act” di seluruh dunia.
Undian yang hanya boleh dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov nanti.
Yuna sekarang ini turut aktif di Amerika Syarikat dan dijemput untuk membuat persembahan dalam rancangan-rancangan ternama.
Yuna turut merakamkan semula lagu kumpulan popular Nirvana yang bertajuk “Come As You Are”.
Oleh Mohd Farhan Darwis