Filem Bunohan arahan Dain Said melakar sejarah apabila telah tersenarai dalam Anugerah Academy ke-85 untuk kategori Foreign Language Film! Bunohan adalah satu-satunya filem daripada Malaysia yang akan berentap dengan 71 buah negara lain sebelum pencalonan muktamad akan diumumkan pada 10 Januari 2012 di Academy’s Samuel Goldwyn Theater. Sejak ‘trailer’ filem itu dimuat naik menerusi Youtube pada tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air sudah mula merasakan yang filem ini bakal membawa standardnya yang tersendiri di dalam dunia perfileman Malaysia dan juga antarabangsa. Selain Anugerah Academy, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika Syarikat.Filem Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi. Tunggu saja keputusannya nanti. Apa-apa pun tahniahdiucapkan diatas pencapaian luar biasa filem hebat ini!