Rihanna ketika ditemubual oleh Oprah semasa program Oprah's Next Chapter baru-baru ini.
PENGACARA terkenal Oprah Winfery menyokong sekiranya penyanyi Rihanna ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Chris Brown.
Oprah, 58, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya memberitahu ia adalah sesuatu berita baik.
"Saya berpendapat jika Rihanna sudah bersedia untuk kembali kepada Chris dan membantunya berdepan dengan masalah yang dihadapinya mengapa tidak?
"Saya tidak berhak untuk menilai apa yang terbaik buat mereka dan jika itu pilihan mereka saya hanya perlu menyokong," katanya. Chris Brown telah memukul Rihanna pada tahun 2009 sehingga telah menyebabkan kecederaan kepada penyanyi itu.
Rihanna sebelum ini mengakui masih mencintai Chris walaupun telah dibelasah teruk oleh bekas teman lelakinya itu ketika mereka masih bersama pada tahun 2009.
Penyanyi lalu Umbrella itu membuat pengakuan tersebut semasa ditemubual oleh Oprah dalam program Oprah's Next Chapter.
Dalam pada itu, Oprah berkata, perkara terbaik semasa temubual itu adalah Rihanna tidak takut untuk menyatakan apa yang terbuku di dalam hatinya.
"Dia bersetuju untuk ditemubual dengan hati yang terbuka dan paling penting dia telah memaafkan Chris atas perbuatannya," ujarnya.