Shah Rukh Khan
MEMILIKI bentuk badan sasa memang idaman setiap orang begitu juga pelakon tersohor Shah Rukh Khan. Dia yang sedang menjalani penggambaran filem Happy New Year berusaha lebih enam bulan untuk mendapatkan bentuk abdomen 8 pax di badannya.
Kata jurulatih khas yang dilantik sendiri oleh Shah Rukh, Prashant Sawant, pelakon itu mengambil masa dua setengah bulan untuk pulih daripada kecederaan bahu selepas tamat penggambaran filem Chennai Express sebelum memulakan rejim latihan yang telah ditetapkan.
"Shah Rukh seorang pelakon yang berdisiplin, bersemangat dan mengikuti setiap arahan yang diberikan. Pada usia 49 tahun dia masih memiliki kadar metabolisma yang tinggi dan mudah membentuk badan luar daripada kebiasaan.
"Lima hari seminggu selama 20 minit dia akan bersenam pada pukul 2 pagi, saya menambah latihan stamina, kekuatan, angkat berat setiap sesi serta teknik powerplay yang akan membina otot pada bahagian bahu. Paling penting tekan tubi pada bahagian perut," katanya menerusi sebuah portal hiburan.Shah Rukh seorang pelakon yang berdisiplin, bersemangat dan mengikuti setiap arahan yang diberikan.
Rejim itu bertukar setiap 15 hari dan Prashant menetapkan Shah Rukh cuma boleh mengambil diet tertentu sahaja seperti telur, kopi, salad, kentang, ikan dan ayam yang hanya dipanggang serta minuman tambahan protein.
Sementara itu, menurut temu bual Shah Rukh bersama The Times of India, jelasnya: "Idea saya untuk bersenam kerana mahu kekal cergas tapi akhirnya saya terpengaruh dengan Prashant dan mengambil masa sebulan untuk mendapatkan bentuk badan ini."