Juliana Evans bersama rakan rapatnya di AS.
Ketika dihubungi, dia masih berada di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Western Michigan, Juliana Sophie Johari Evans, 25, atau dikenali sebagai Juliana Evans kemudiannya menyambung pula pengajian di Akademi Filem New York.
Sambil menimba ilmu, Juliana atau Jue turut mengintai peluang berlakon dengan menghadiri uji bakat serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.
"Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yang ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita. Juliana Evans mengambil peluang bekerja dengan golongan kreatif di AS.
"Di sini juga ada ramai kenalan yang sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.
"Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.
"Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan memulakan penggambaran. Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.Juliana juga sempat makan angin di negara orang.
"Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini.
"Semestinya kepulangan saya untuk kembali aktif sekali gus berkongsi pengalaman serta ilmu saya ditimba saya di LA. Pada masa sama saya ingin melebarkan bakat lakonan di peringkat antarabanga jika ada rezeki," katanya.
Jue menambah, sekembalinya ke tanah air nanti kerjaya seninya akan diuruskan sebuah syarikat pengurusan yang akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi. Bagaimanapun pada peringkat awal ini segala urusan tawaran dikendalikan oleh bekas Pegawai Perhubungan Awam Astro Shaw, Afdal Shahizad.
Salah satu tawaran menarik, Jue dikhabarkan juga bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.
Oleh Norhadiani Baharom